Latar belakang Berani (lagu Dolla)

"Berani" berkisarkan mengenai pemerkasaan wanita melalui sistem sokongan.[2][3][4] Tema yang ingin disampaikan dan diketengahkan menerusi lagu ini ialah semangat dan membangkitkan keberanian dalam diri wanita.[5][6] Menurut ahli kumpulan, Sabronzo yang mewakili rakan-rakannya, melodi lagu ini sedikit berbeza daripada dua single terdahulu, "Dolla Make You Wanna" dan "Impikan". Daripada acah yang dimuat naik oleh Dolla di Instagram, terdapat versi instrumental lagu ini yang boleh didengar. Malah, genre juga berbeza daripada karya sebelum ini. Beliau dipetik sebagai berkata:

"Lagu "Berani" ditujukan kepada wanita dan mahu mengangkat martabat wanita itu menerusi semangat juang dengan bangkit melawan penindasan dan ketakutan. Pada zaman ini, seseorang wanita sudah perlu keluar daripada segala ketakutan, gantikan dengan keberanian dan menunjukkan kepada dunia bahawa dia tidak takut, dia berani dan berdikari. Wanita perlu berani. Jadi, jelas tema yang ingin disampaikan dan diketengahkan menerusi lagu ini adalah semangat dan membangkitkan keberanian dalam diri wanita. Bukan apa, hari ini masih ramai wanita yang takut untuk berubah kerana berasakan diri mereka lemah. Disebabkan itu, wanita perlu sentiasa ada sokongan yang kuat dari orang sekeliling,".[2][3]

Dolla bagaimanapun mengatakan, mereka tidak menujukan lagu itu kepada kumpulan pembenci mereka yang sering mengecam mereka.[7][8][9]

Rujukan

WikiPedia: Berani (lagu Dolla) https://music.apple.com/mx/album/berani-single/158... https://www.budiey.com/dolla-berani/ https://gempak.com/berita-terkini/lain-macam-singl... https://kitareporters.com/gaya/xkazp3qrdJ https://www.kitepunye.com/dolla-berani-tampil-deng... https://www.kopiplanet.com/dolla-tampilkan-kelaina... https://open.spotify.com/album/2lPgDRjtMqX8KtysPcx... https://www.therakyatpost.com/fun/2021/09/28/dolla... https://www.youtube.com/watch?v=OgrmGsKkH88 https://www.hmetro.com.my/rap/2021/09/758463/dolla...